Artikel Terkini

Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini

Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini
Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini 1

Sebut sahaja mangga kecur air liur kan. Ramai yang suka dengan buah mangga ni kalau di buat jeruk mahupun kerabu. Betul tak? Tapi bila ada pokok mangga susahnya nak berbuah lebat macam ni. Ikut suka sahaja ia berbuah. Macam-macam baja dan letak dan macam-macam teknik dah buat nak bagi pokok mangga berbuah lebat.

Ramai yang nak tahu bagaimana cara untuk supaya pokok mangga berbuah dengan banyak. Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu adalah antara soalan yang selalu ditanya apabila anda mempunyai pokok mangga yang berbuah lebat.

Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini

Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi grup Berkebun Di Rumah. Di dalam perkongsian itu Kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.

Tidak sangka tip tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.

Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar pulak tu. Buah pulak belum cukup tua. Bagi-bagikan pada jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu.

Ramai yang bertanya pada beliau apa baja yang telah digunakan sehingga lebat buah mangganya. 

“Sebenarnya saya tak ada baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dari negara barat.

Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini

Gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai untuk mendapatkan hasil yang baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yg sudah tidak guna lagi seperti bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dan sebagainya sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.

Alhamdulillah buah kali ini sangat lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yg dah masak, buah muda, putik buah dan banyak juga yg baru keluar bunga.

 

Sumber: Kak Chah Via Berkebun D Rumah / Keluarga

Wanita Ini Kongsikan Rahsia Buah Mangga Merimbun Dengan Hanya Guna Minyak Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list