Artikel Terkini

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah
Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah 1

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah

Walaupun tanggungjawab mencari nafkah itu sememangnya menjadi tugas suami, namun wujud segelintir kaum Adam yang lepas tangan dalam memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Dalam satu ciapan, seorang wanita meluahkan perasaan tentang suaminya yang lepas tangan akan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan menjadikan agama sebagai alasan.

Nak keluar berdakwah 4 bulan

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah 3

Gambar sekadar hiasan

Dalam satu ciapan milik @pedoqpop, dia berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang meluahkan perasaan tentang suaminya yang didakwa lepas tangan dan mengabaikan tanggungjawab.

Menerusi tangkap layar tersebut, difahamkan bahawa suami kepada wanita itu merupakan seorang pengikut tabligh yang sering keluar berdakwah.

Aku isteri, ada anak kecil. Suami tabligh nak keluar selama empat bulan… berat hati nak lepaskan sebab anak masih kecil, kerja tak stabil dan aku hanya berniaga.

Hasil duit berniaga la aku hidup besarkan anak dan sara keluarga. Suami aku keluar empat bulan guna hasil niaga tu.

Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama.

Wanita tersebut dalam mesej yang dihantar berkata, oleh kerana suaminya selalu menyentuh perihal agama, dia terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan.

Minta isteri gadai emas

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah 4

Bukan itu sahaja, wanita itu juga meluahkan rasa kesal akan suaminya yang tidak mempunyai sumber kewangan sendiri sehingga pernah meminta isterinya menggadai emas untk mengikuti jemaah tabligh.

Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana

Walaupun tidak rela, dia masih menuruti kehendak suaminya itu kerana sering dimarahi serta dituduh kedekut kononnya tidak mahu berkorban ke arah agama. Dakwa wanita itu, dia ditinggalkan berseorangan menjaga anak-anak tanpa diberi sebarang nafkah

Dia cakap aku kedekut sebab tak nak tolong dia. Pada masa sama dia cakap, jangan risau pasal duit kerana sepanjang keluar jalan Allah… rezeki akan murah dan Allah permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi… macam tiada suami.

Lebih teruk lagi, sepanjang tempoh suaminya mengikuti jemaah tabligh, wanita itu perlu mengumpul duit bagi membayar pinjaman kereta, serta menanggung kos perbelanjaan lain termasuk sewa kedai.

Netizen suruh tinggalkan suami

Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah 5

Menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata pengguna turut tidak berpuas hati dengan tindakan suami itu, serta ramai yang mencadangkan agar wanita itu untuk tinggalkan sahaja suaminya.

Sumber: Twitter @pedoqpop


Wanita Makan Hati Suami Ikut Tabligh Lepas Tangan, 4 Bulan Ditinggalkan Tanpa Nafkah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list