Infotainment

DBKL Bakal Teliti Cadangan Had Laju 30KM/J Dan 50KM/J Di Kuala Lumpur

DBKL Bakal Teliti Cadangan Had Laju 30KM/J Dan 50KM/J Di Kuala Lumpur
DBKL Bakal Teliti Cadangan Had Laju 30KM/J Dan 50KM/J Di Kuala Lumpur 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Faktor ‘melebihi kelajuan’ yang ditetapkan menjadi salah satu penyebab utama mengapa insiden kemalangan sering berlaku di negara ini, lebih-lebih lagi di kawasan yang memerlukan kenderaan dipandu secara perlahan.

Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berhubung pelaksanaan had laju kenderaan 30km/j dan 50km/j di pusat bandar Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyambut baik cadangan itu kerana ianya akan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang basikal dan pejalan kaki.

“Cadangan yang dikemukakan oleh MIROS ini sedang dalam perincian serta penelitian. Mengikut jadual dikemukakan, bermula April ini, pembentangan akan dibuat kepada DBKL untuk mendapatkan kelulusan dan keputusan tepat dan jika dipersetujui, maka ia akan diputuskan dan dilaksanakan pada Sept 2022.

“Kawasan yang terlibat hanya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai had kelajuan 60km/j dan 40km/j, manakala jalan-jalan yang telah diwartakan had kelajuan 70km/j dan 80km/j tidak terlibat dalam kajian dan penelitian cadangan ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara baru-baru ini.

Jawapan itu dikongsikan semasa Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya mempersoalkan pendirian DBKL terhadap cadangan MIROS untuk melaksanakan had laju kenderaan dengan kelajuan 30km/j hingga 50km/j di kawasan-kawasan terpilih mengikuti jejak langkah Bandaraya Paris yang mewartakan had laju tersebut pada Ogos 2021.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk lihat seorang pemandu Mercedes ‘koyak’ tidak puas hati apabila ditinggalkan jauh oleh sebuah Nissan GT-R.

Sangka Kereta Sendiri Lebih Laju, Pemandu Mercedes ‘Koyak’ Selepas Cicir Ditinggalkan Nissan GT-R

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai


DBKL Bakal Teliti Cadangan Had Laju 30KM/J Dan 50KM/J Di Kuala Lumpur 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list