Infotainment

Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas

Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas
Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sesiapa yang sering menggunakan perkhidmatan LRT dan berhenti di stesen Ampang Park, sudah pasti cukup sinonim dengan jambatan yang menghubungkan stesen dengan bangunan Intermark.

Terbaharu, kira-kira pukul 5 pagi tadi jambatan tersebut terbakar 90% melibatkan eskalator merebak sehingga siling bumbung premis. Anggota polis Daerah Dang Wangi menerima menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.16 pagi sebelum tiba 12 minit kemudian.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Setiawangsa kemudian sampai ke lokasi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya, lapor Utusan Malaysia.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di suis kotak kawalan. Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada eskalator dan bumbungnya.

“Pihak pengurusan menutup operasi eskalator kepada orang awam bagi langkah keselamatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

@suhaila_sdn

Escalator terbakar LRT Putra Ampang Park #fyp #fypmalaysia #ampangpark #lrtampangpark #intermark #kualalumpur #ajl #ajl36

♬ original sound – manjalara__ – manjalara__

Dalam satu hantaran video TikTok @suhaila_sdn, pihak myrapidkl mengambil maklum mengenai kejadian kemalangan tersebut dan menjelaskan bahawa eskalator tersebut merupakan di bawah pengurusan Intermark Mall. Ketika ini kontraktor yang dilantik Intermark sedang melakukan siasatan ke atas punca kejadian.

Tambah myrapidkl lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan Intermark Mall untuk mendapatkan tarikh eskalator tersebut akan kembali beroperasi semula kepada para pengguna.

Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas 2

Sumber Gambar: TikTok @suhaila_sdn

Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas 4

Sumber Gambar: TikTok @suhaila_sdn

Sementara itu, baca penjelasan pihak TGV berikutan isu filem Batman terpaksa mula semula selepas 45 minit ditayangkan yang menjadi pertikaian netizen.

Dikecam ‘Restart’ Tayangan Batman Selepas 45 Minit, Ini Kenyataan Rasmi TGV Cinemas

Konvoi VVIP Halang Ambulans Dan Lalu Lintas Di Dua Lokasi Berbeza Cetus Kemarahan Netizen

Akui Anak Sakit Dan Sedang Berubat, ‘Kak Long’ Mahu Orang Ramai Beri Didikan Agama


Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list