Infotainment

“Jangan Harapkan Duit Suami Semata-Mata”

“Jangan Harapkan Duit Suami Semata-Mata”
"Jangan Harapkan Duit Suami Semata-Mata" 1

Meskipun sentiasa dilihat glamor bagaimanapun pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sama seperti ibu lain yang mementingkan anak-anak.

Usianya sudah menginjak 40 tahun, Che Ta berkata tiada apa lagi yang ingin diharapkan selain dikurniakan kesihatan berpanjangan.

BACA: Che Ta Enggan Anak-anak Hidup Susah Bila Dia Tiada

“Tiada apa yang diharapkan, cuma minta Allah mengurniakan tubuh badan yang sihat untuk meneruskan kehidupan dan kudrat mencari rezeki.

“Jika Allah nak tarik umur, biarlah selepas saya sudah menyediakan perancangan untuk anak-anak. Merekalah segala-galanya buat saya.

“Saya bekerja keras pun demi keselesaan dan persediaan masa depan mereka, namun pada masa sama masih dapat peruntukkan waktu berkualiti di rumah,” katanya.

Sementara itu, Che Ta baru-baru ini dipilih sebagai duta untuk Jols for Rozita Che Wan. Ianya adalah kempen bagi membantu ibu tunggal menerusi jualan tudung edisi terhad, Jols Luxe Fabrics.

Dalam pada itu, Che Ta melihat wanita sebagai individu kuat semangat yang mampu melakukan pelbagai tanggungjawab dalam satu masa.

Ujarnya, jika dahulu wanita atau isteri berada di belakang suami, namun kini semuanya berubah. Malah, Che Ta turut menitipkan pesanan kepada kaum wanita supaya tidak terlalu bergantung kepada suami.

“Dahulu saya ada pengalaman suami bekerja, manakala saya tidak. Tapi sebenarnya, lain yang berlaku jika kita pun sama-sama mempunyai kerjaya.

“Bagi saya, suami turut berasa bangga dengan kerjaya isteri, sekali gus akan lebih hormat terhadap teman hidup mereka. Senang cakap kita jangan terlalu bergantung kepada suami,” katanya.


"Jangan Harapkan Duit Suami Semata-Mata" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list