Infotainment

“Zul Ariffin Gatal Sebenarnya, Benda Boleh Tolak Tapi Dia Pilih Sedap”

“Zul Ariffin Gatal Sebenarnya, Benda Boleh Tolak Tapi Dia Pilih Sedap”
"Zul Ariffin Gatal Sebenarnya, Benda Boleh Tolak Tapi Dia Pilih Sedap" 1

Susulan kontroversi membabitkan pelakon Zul Ariffin, pelakon dan penyanyi rock lagenda, Datuk Awie turut mengulas mengenai isu tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Awie berkata aktor tersebut boleh menolak untuk melakukan aksi sedemikian tetapi memilih untuk menjayakan babak berkenaan.

BACA: Kongsi Video Babak Panas, Zul Ariffin Bakal Disiasat

“Itu dia (Zul Ariffin) gatal sebenarnya. Benda boleh ditolak, tapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda itu (hukuman),” katanya.

Menurut Awie lagi, tindakan Zul itu seperti menconteng arang kepada industri hiburan tanah air apatah lagi babak tersebut tidak wajah dilakukan.

“Pada saya, dia sudah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, khususnya di Malaysia kerana industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.

“Benda itu (babak ranjang) tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah…benda boleh tolak tapi dia memilih sedap, jadi dia kena terimalah benda (hukuman) itu,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak namun dia berpendapat babak itu boleh dielak.

“Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak.

“Kalau tidak, maka dia nak ‘go’ (jadi) profesional dan ‘go’ profesional ini hukumnya tiada. Dia akan ‘all out’ (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti.

“Pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu (adegan) ranjang, tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka,” katanya.


"Zul Ariffin Gatal Sebenarnya, Benda Boleh Tolak Tapi Dia Pilih Sedap" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list